Cara Belian
Kali ni saya nak cerita pasal cara belian laptop, tunai atau ansuran. Di
malaysia, harga barangan seperti laptop dianggap mahal kerana gaji pekerja tidak tinggi
berbanding kos hidup seharian.
Contoh mudah, pendapatan bulanan RM 3,000.00; jika harga laptop yg kita
inginkan juga berharga 3000 ringgit. Mustahil kita beli kecuali secara ansuran
atau laptop terpakai. Adakah belian secara ansuran itu berbaloi dengan nilai wang yang kita
keluarkan? Saya akan jawab tetapi bukan 'ya' atau 'tidak'.
Laptop berharga RM 3,000.00, belian ansuran mungkin 200 ringgit sebulan
selama 15 bulan. Murah dan mudah bukan? tetapi jangan kita lupa, barangan
elektrik & elektronik akan ada susut nilai. Mungkin setahun susut nilainya 15%, bermakna sebulan harga
laptop tadi berkurang sebanyak 1.25%. Sedarkah kita laptop yang berharga 3000
ringgit itu sebenarnya berharga RM 2,437.50 selepas 15 bulan dan kita membelinya dengan
kerugian RM 562.50!.
Kenapa rugi? sebab belian ansuran bermakna anda menggunakan laptop yang
bukan milik sendiri sehingga selesai bayarannya.
Satu perkara lagi yang selalu kita lupa, belian ansuran biasanya ada
'interest'! bermaksud mungkin pekedai kenakan 'interest' atau menyerapnya (tiada 'interest').
Saya masih menggunakan contoh laptop tadi, anggapkan 'interest'nya 10% menjadikan
harga laptop meningkat kepada 3300 ringgit. Apabila tamat tempoh bayaran ansuran,
kerugian pembelian laptop ini sebenarnya
RM 862.50! selepas 15 bulan.
Mudah-mudahan dengan penulisan dan pendedahan ini membuka jalan kepada
anda memilih cara belian yang tidak merugikan. Beli hasil daripada simpanan
selama 15 bulan atau cari laptop ‘2nd hand’ yang mampu dibayar secara tunai.
“sharing is
caring”