Featured post

Friday 21 July 2017

Apa itu TAKAFUL


Semua orang tahu, saya nak ceritakan apa yang saya tahu. Kalau tak betul, pakat-pakat bagitahu. Takaful tu insurans yang patuh syariah, lagi mudah nak faham iaitu insurans yang halal dimiliki dan halal terima manfaatnya.

Oleh kerana takaful juga adalah insurans,maka maksudnya adalah sama.
Takaful = insurans = nasib baik.

Apa yang nasib baiknya? Tak perlulah nak cerita lebih-lebih sebab kita semua tahu insurans tu pampasan yang dapat bila berlaku kecelakaan. "Nasib baik" ada insurans,dapatlah ringankan beban (kewangan) kita. Faham bukan?

Takaful tu nasib baik, tentulah agen takaful tu jual nasib dan kita pula beli nasib. Nasib bukan sebarang nasib tapi nasib yang mendatang hanya "nasib baik" sahaja. Nak lagi faham takaful dan insurans ni adalah "back up" kewangan bila kita ditimpa musibah (gantirugi). Berapa banyak pampasan yang kita dapat dan musibah apa yang boleh dibuat tuntutan? Boleh tanya agen takaful yang tuan-puan kenal. Boleh juga berjumpa dengan abam untuk penerangan yang lebih terperinci.
Rujuk pautan September 2019, Konsep Mudah TAKAFUL

Takaful ni ada banyak kategori tapi saya nak ceritakan yang berkaitan dengan kehidupan individu sahaja iaitu takaful hayat (life insurance), kad perubatan dan takaful kemalangan diri. Penting ke semua ni? Kepentingannya mengikut keperluan kita. Mungkin agen lain kata semuanya penting tapi bagi penulis kepentingannya mengikut kemampuan kewangan pembaca.

Takaful hayat, pampasannya kecil tapi bayarannya tinggi. Istimewanya kita akan dapat balik bayaran yang dibuat selama 15, 20 tahun dengan sedikit kurang kerana penolakan kos pengurusan. Kad perubatan (medical card) dan takaful kemalangan pula banyak faedah kewangan yang kita boleh tuntut tapi duit hangus.

Sekarang ni ade pula takaful+pelaburan, yakni bayaran bulanan (takaful hayat) tuan-puan digunakan untuk pelaburan dalam amanah saham. Beruntunglah mereka yang punyai polisi ni sebab setiap bayaran akan dapat balik hampir 100% apabila telah matang.

Penulis nak tegaskan disini bahawa takaful dan insurans adalah "back up" kewangan, bukan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan kerana bukan semua bayaran bulanan yang kita buat digunakan dalam pelaburan. Mungkin hanya 50% sahaja dilaburkan dan pulangannya mungkin sekadar tampung kos pengurusan.

Penting sangat ke "back up" ni! Nak tahu kepentingannya, tunggu bila kereta tuan-puan kemalangan.......opps.


Azmi Mohamed
+60102715665
#sipenjualnasib

No comments:

Post a Comment