Nak jadi pelabur yang berjaya tak mesti kena berhenti kerja dan buat full time.
Kekal urus bisnes
atau kekal makan gaji masih tetap dapat jadi pelabur berjaya.
Dengan bimbingan yang betul, sebagai pelabur kita dapat
mengenal pasti perkara-perkara berikut:
§
Apakah kita melabur dengan cara yang
tidak sesuai dengan situasi diri sendiri ?
§
Apakah kita mengambil risiko terlalu
besar ?
§
Apakah kita terlebih berhutang
(over-leverage) untuk melabur ?
§
Apakah keuntungan yang diperoleh
terlalu rendah ?
§
Apakah banyak duit habis membayar
pelbagai jenis komisyen ejen pelaburan ?
Jika tidak pasti
lakukanlah perkara-perkara berikut:
1)
Tahu Keperluan Kewangan Dengan Jelas
If you don’t design your own life plan, chances are you’ll
fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not
much. – Jim Rohn
Pada peringkat ini barangkali tuan
memerlukan khidmat seorang independent
financial planner yang dapat membangunkan
satu roadmap kewangan. Seorang financial planner dapat menjadikan
roadmap kewangan tersebut menjadi lebih efektif dan ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa, tenaga
dan juga sebenarnya wang ringgit.
Kebiasaannya bagi golongan middle class keperluan utama adalah
menyediakan retirement plan yang
sesuai dengan gaya hidup yang dimahukan. Bagi sebahagian yang lain barangkali
untuk menstrukturkan kewangannya supaya harta sedia ada dapat diwariskan kepada
orang yang tersayang dengan cara paling efektif. Mungkin ada yang mahu
menjadikan uruskan kewangannya lebih tax
efficient.
Selepas roadmap kewangan telah ada maka sudah sampai
masanya membuat perjumpaan dengan pihak-pihak lain. Antaranya:
§
Unit trust consultant untuk pelaburan
unit trust.
§
Ejen takaful untuk perlindungan
takaful.
§
Remisier / dealer untuk pelaburan
saham di Bursa Malaysia.
§
Real estate agent untuk pembelian
hartanah
§
Banker untuk produk-produk berkaitan
perbankan
§
Dan seterusnya.........Abam ;-)
Barangkali banyak “peluang” yang
dikongsikan semasa perjumpaan. Apa yang penting pelaburan itu sesuai dengan
profil kita berdasarkan plan kewangan yang telah disiapkan terlebih dahulu.
Bukannya hanya sekadar bersetuju dengan apa yang dicadangkan kepada kita tanpa
sebarang analisis lengkap.
Dengan cara sebegini maka kita dapat mengelakkan dari ditawarkan
peluang
yang BEGITU sahaja sebab masih ada pelbagai peluang yang
begini. Baju nak pergi kerja pun berbeza dengan baju tidur. Baju nak pergi
kenduri pun lain dengan baju nak pergi bersukan.
Begitulah juga urusan kewangan. Kena
tahu alat-alat yang sesuai untuk mencapai matlamat. Tahu apa yang tuan mahu itu
sangat penting. Sekiranya tidak sesuai dengan roadmap kewangan, katakan sahaja TIDAK.
3.
Sedia… Mula!
Take action.
Dan be responsible.
Faham sebelum setuju. Read
the fine details. Tak faham jangan setuju apa-apa. Ambil masa untuk faham,
dapatkan second opinion, tambah ilmu
dengan membaca, hadir ke seminar berkaitan. Buat keputusan dengan rasa
tanggungjawab dan kefahaman yang betul. Bukan sebab terpaksa, nak jaga hati
atau terdesak.
4.
Sentiasa Ukur Prestasi Pelaburan
Roadmap kewangan dah ada.
Execution dah buat.
Maka ikut roadmap
tersebut baik-baik. Namun biasalah, barangkali tersilap masuk jalan.
Atau, barangkali
tak tahu telah tersalah masuk jalan.
Kembali semula kepada independent
financial planner yang bersama tuan membangunkan financial roadmap tersebut secara berkala, paling kurang setahun
sekali.Supaya perjalanan itu sentiasa mengikut halatuju yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment