Featured post

Friday 21 July 2017

Apa itu TAKAFUL


Semua orang tahu, saya nak ceritakan apa yang saya tahu. Kalau tak betul, pakat-pakat bagitahu. Takaful tu insurans yang patuh syariah, lagi mudah nak faham iaitu insurans yang halal dimiliki dan halal terima manfaatnya.

Oleh kerana takaful juga adalah insurans,maka maksudnya adalah sama.
Takaful = insurans = nasib baik.

Apa yang nasib baiknya? Tak perlulah nak cerita lebih-lebih sebab kita semua tahu insurans tu pampasan yang dapat bila berlaku kecelakaan. "Nasib baik" ada insurans,dapatlah ringankan beban (kewangan) kita. Faham bukan?

Takaful tu nasib baik, tentulah agen takaful tu jual nasib dan kita pula beli nasib. Nasib bukan sebarang nasib tapi nasib yang mendatang hanya "nasib baik" sahaja. Nak lagi faham takaful dan insurans ni adalah "back up" kewangan bila kita ditimpa musibah (gantirugi). Berapa banyak pampasan yang kita dapat dan musibah apa yang boleh dibuat tuntutan? Boleh tanya agen takaful yang tuan-puan kenal. Boleh juga berjumpa dengan abam untuk penerangan yang lebih terperinci.
Rujuk pautan September 2019, Konsep Mudah TAKAFUL

Takaful ni ada banyak kategori tapi saya nak ceritakan yang berkaitan dengan kehidupan individu sahaja iaitu takaful hayat (life insurance), kad perubatan dan takaful kemalangan diri. Penting ke semua ni? Kepentingannya mengikut keperluan kita. Mungkin agen lain kata semuanya penting tapi bagi penulis kepentingannya mengikut kemampuan kewangan pembaca.

Takaful hayat, pampasannya kecil tapi bayarannya tinggi. Istimewanya kita akan dapat balik bayaran yang dibuat selama 15, 20 tahun dengan sedikit kurang kerana penolakan kos pengurusan. Kad perubatan (medical card) dan takaful kemalangan pula banyak faedah kewangan yang kita boleh tuntut tapi duit hangus.

Sekarang ni ade pula takaful+pelaburan, yakni bayaran bulanan (takaful hayat) tuan-puan digunakan untuk pelaburan dalam amanah saham. Beruntunglah mereka yang punyai polisi ni sebab setiap bayaran akan dapat balik hampir 100% apabila telah matang.

Penulis nak tegaskan disini bahawa takaful dan insurans adalah "back up" kewangan, bukan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan kerana bukan semua bayaran bulanan yang kita buat digunakan dalam pelaburan. Mungkin hanya 50% sahaja dilaburkan dan pulangannya mungkin sekadar tampung kos pengurusan.

Penting sangat ke "back up" ni! Nak tahu kepentingannya, tunggu bila kereta tuan-puan kemalangan.......opps.


Azmi Mohamed
+60102715665
#sipenjualnasib

Tuesday 4 April 2017

Panduan beli laptop (siri 2)

Cara Belian

Kali ni saya nak cerita pasal cara belian laptop, tunai atau ansuran. Di malaysia, harga barangan seperti laptop dianggap mahal kerana gaji pekerja tidak tinggi berbanding kos hidup seharian.

Contoh mudah, pendapatan bulanan RM 3,000.00; jika harga laptop yg kita inginkan juga berharga 3000 ringgit. Mustahil kita beli kecuali secara ansuran atau laptop terpakai. Adakah belian secara ansuran itu berbaloi dengan nilai wang yang kita keluarkan? Saya akan jawab tetapi bukan 'ya' atau 'tidak'.

Laptop berharga RM 3,000.00, belian ansuran mungkin 200 ringgit sebulan selama 15 bulan. Murah dan mudah bukan? tetapi jangan kita lupa, barangan elektrik & elektronik akan ada susut nilai. Mungkin setahun susut nilainya 15%, bermakna sebulan harga laptop tadi berkurang sebanyak 1.25%. Sedarkah kita laptop yang berharga 3000 ringgit itu sebenarnya berharga RM 2,437.50 selepas 15 bulan dan kita membelinya dengan kerugian RM 562.50!.
Kenapa rugi? sebab belian ansuran bermakna anda menggunakan laptop yang bukan milik sendiri sehingga selesai bayarannya.

Satu perkara lagi yang selalu kita lupa, belian ansuran biasanya ada 'interest'! bermaksud mungkin pekedai kenakan 'interest' atau menyerapnya (tiada 'interest'). Saya masih menggunakan contoh laptop tadi, anggapkan 'interest'nya 10% menjadikan harga laptop meningkat kepada 3300 ringgit. Apabila tamat tempoh bayaran ansuran, kerugian pembelian laptop ini sebenarnya 
RM 862.50! selepas 15 bulan.

Mudah-mudahan dengan penulisan dan pendedahan ini membuka jalan kepada anda memilih cara belian yang tidak merugikan. Beli hasil daripada simpanan selama 15 bulan atau cari laptop ‘2nd hand’ yang mampu dibayar secara tunai.


“sharing is caring”

Sunday 19 February 2017

Panduan Beli Laptop

Panduan beli laptop (siri 1)


1)  Beli ikut keperluan.

Ape keperluan anda?
Laptop lebih diminati kerana boleh dibawa kemana saja dan boleh ‘on’ bila-bila masa. Sayangnya harga mahal, yang murah pula sudah terpakai.
Tak apa, boleh beli ansuran. ‘Belian ansuran’ ayat penyedap rasa tapi sebenarnya anda berhutang. Pilihan kedua, laptop ‘secondhand’.
Laptop tidaklah terlalu mahal & anda boleh memilikinya tanpa perlu berhutang. Tidak mahal kepada yg ada lebihan wang dan masih murah kepada mereka yang  mencari laptop terpakai.
Bayaran ansuran sebenarnya anda menaikkan harga barangan secara beransur-ansur dan saya akan buktikan dalam siri yang akan datang.

Siapa yg perlukan?
Sudah tentu pelajar pembeli teramai sebab laptop, komputer mereka yang pertama. Mereka yang bekerja menggunakan laptop yang telah diguna semasa belajar dulu malah banyak syarikat menyediakan laptop untuk pekerja mereka.

Pastinya ibu bapa dan penjaga adalah pembeli laptop para pelajar, keperluan memiliki laptop semesti juga mengikut kemampuan pembayar. Bagi mereka yang perihatin, keperluan memiliki laptop bersandar kepada keperluan pengguna.

Pelajar kejuruteraan dan ICT perlukan laptop yang ‘full spec’. Sangat berbeza keperluannya dengan pelajar-pelajar fakulti sains sukan dan fakulti pendidikan. Oleh itu, mereka tak perlulah beli laptop yang mahal. Yang terpakai pun sudah mencukupi, apa lagi untuk pelajar sekolah.