Featured post

Wednesday 30 January 2019

Tahukah Anda ?


Ya !

Dividen yang anda akan dapat tiap tahun tidak dikenakan cukai.

Kenapa tak melabur ?
Nak dividen banyak,
kena beli banyak unit.
Tak banyak duit ?
Boleh buat pinjaman.

Abam boleh uruskan.
Azmi 010-2715665

Tuesday 29 January 2019

Inflasi


Biar gambar Berbicara....





Inflasi lawannya MELABUR!
Pelaburan diharapkan memberi keuntungan melebihi kadar inflasi.
Maka nilai wang kita tidak merosot malah memberi keuntungan.
Selama ni kita kerja untuk dapatkan wang.
Tiba masa kita tengok wang itu cari duit.

Jumpa Abam kita tengok pelaburan yang mana sesuai.

Azmi Mohamed
0102715665
#financialadviser










Pelabur Bijak


Bagaimana Menjadi Pelabur Bijak Walaupun bukan Pelabur Full-Time 











































Nak jadi pelabur yang berjaya tak mesti kena berhenti kerja dan buat full time.
Kekal urus bisnes atau kekal makan gaji masih tetap dapat jadi pelabur berjaya.

Dengan bimbingan yang betul, sebagai pelabur kita dapat mengenal pasti perkara-perkara berikut:

§  Apakah kita melabur dengan cara yang tidak sesuai dengan situasi diri sendiri ?
§  Apakah kita mengambil risiko terlalu besar ?
§  Apakah kita terlebih berhutang (over-leverage) untuk melabur ?
§  Apakah keuntungan yang diperoleh terlalu rendah ?
§  Apakah banyak duit habis membayar pelbagai jenis komisyen ejen pelaburan ?

Jika tidak pasti lakukanlah perkara-perkara berikut:

1)                  Tahu Keperluan Kewangan Dengan Jelas


If you don’t design your own life plan, chances are you’ll fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not much. – Jim Rohn

Pada peringkat ini barangkali tuan memerlukan khidmat seorang independent financial planner yang dapat membangunkan satu roadmap kewangan. Seorang financial planner dapat menjadikan roadmap kewangan tersebut menjadi lebih efektif dan ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa, tenaga dan juga sebenarnya wang ringgit.

Kebiasaannya bagi golongan middle class keperluan utama adalah menyediakan retirement plan yang sesuai dengan gaya hidup yang dimahukan. Bagi sebahagian yang lain barangkali untuk menstrukturkan kewangannya supaya harta sedia ada dapat diwariskan kepada orang yang tersayang dengan cara paling efektif. Mungkin ada yang mahu menjadikan uruskan kewangannya lebih tax efficient.


2)                  Tahu Untuk Berkata TIDAK


Selepas roadmap kewangan telah ada maka sudah sampai masanya membuat perjumpaan dengan pihak-pihak lain. Antaranya:

§  Unit trust consultant untuk pelaburan unit trust.
§  Ejen takaful untuk perlindungan takaful.
§  Remisier / dealer untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.
§  Real estate agent untuk pembelian hartanah
§  Banker untuk produk-produk berkaitan perbankan
§  Dan seterusnya.........Abam ;-)

Barangkali banyak “peluang” yang dikongsikan semasa perjumpaan. Apa yang penting pelaburan itu sesuai dengan profil kita berdasarkan plan kewangan yang telah disiapkan terlebih dahulu. Bukannya hanya sekadar bersetuju dengan apa yang dicadangkan kepada kita tanpa sebarang analisis lengkap.

Dengan cara sebegini maka kita dapat mengelakkan dari ditawarkan peluang

yang BEGITU sahaja sebab masih ada pelbagai peluang yang begini. Baju nak pergi kerja pun berbeza dengan baju tidur. Baju nak pergi kenduri pun lain dengan baju nak pergi bersukan.

Begitulah juga urusan kewangan. Kena tahu alat-alat yang sesuai untuk mencapai matlamat. Tahu apa yang tuan mahu itu sangat penting. Sekiranya tidak sesuai dengan roadmap kewangan, katakan sahaja TIDAK.


3.  Sedia… Mula!

Take action.
Dan be responsible.

Faham sebelum setuju. Read the fine details. Tak faham jangan setuju apa-apa. Ambil masa untuk faham, dapatkan second opinion, tambah ilmu dengan membaca, hadir ke seminar berkaitan. Buat keputusan dengan rasa tanggungjawab dan kefahaman yang betul. Bukan sebab terpaksa, nak jaga hati atau terdesak.


4.  Sentiasa Ukur Prestasi Pelaburan

Roadmap kewangan dah ada.

Execution dah buat.
Maka ikut roadmap tersebut baik-baik. Namun biasalah, barangkali tersilap masuk jalan.
Atau, barangkali tak tahu telah tersalah masuk jalan.

Kembali semula kepada independent financial planner yang bersama tuan membangunkan financial roadmap tersebut secara berkala, paling kurang setahun sekali.Supaya perjalanan itu sentiasa mengikut halatuju yang telah ditetapkan.

Apa itu SAHAM

Ali minat berniaga sejak dari kecil lagi. Sesudah tamat persekolahan, Ali mula berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran apartmen kediaman beliau. Dengan kelazatan sehingga menjilat jari, nasi lemak Ali semakin laku. Dengan pertambahan permintaan, Ali terpaksa menggaji pekerja dan menambah pengeluaran nasi lemak beliau. Kalau sebelum ini, Ali menjual 100 bungkus sehari – kini ia mencecah hampir 1,000 bungkus sehari.

Makin lama, makin terkenal pula Nasi Lemak Ali dan beliau mula membuka beberapa gerai di taman bersebelahan. Namun, impian Ali adalah untuk membuka kedai di seluruh Malaysia. Tapi impian tersebut memerlukan modal yang besar mencecah jutaan ringgit. Sebijik kedai dengan sewa nya, dengan renovation nya, dengan upah pekerja nya, dengan logistik nya lagi

– memerlukan modal yang sangat besar dan Ali sememangnya tidak memiliki modal sebesar itu.

Ali ada pergi berjumpa dengan beberapa institusi kewangan tetapi proposal beliau untuk mendapatkan modal tersebut gagal. Justeru, beberapa ahli keluarga Ali dan kenalan rapat beliau mula mengumpul dana. Berkat kesabaran dan pujuk rayu Ali, akhirnya terkumpul juga RM1 juta bagi Ali membuka kedai di beberapa lokasi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah; dan juga menambah keselesaan pembeli. Kini Ali mula menjual air serta menambah beberapa menu baru dan pengunjung pula boleh makan dengan selesa. Siap ada air-cond lagi tu…

Dengan RM1 juta “pinjaman” ahli keluarga dan kenalan Ali tadi, beliau membayar sejumlah wang kepada mereka setiap tahun mengikut kepada jumlah keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak yang diusahakan Ali. “Keuntungan” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.

Konsep saham berkait rapat seperti di atas ini. Jom kita kenali beberapa watak yang terlibat:

1.      Ali                   – seorang peniaga yang berbakat, mempunyai visi dan masa depan.
                            Senang cerita Ali merupakan seorang usahawan yang hebat

2.      Peminjam        – terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai yang percaya
                           kepada Ali dan masa depan perniagaan yang dijalankannya. 
                           Mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan 
                           (jika rugi sama-sama rugi)

Dengan erti kata lain, SAHAM  bererti duit yang dilaburkan ke dalam perniagaan.

Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan tersebut. Perniagaan tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.

“Pelaburan adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”

Maksud mudahnya, katakan kita melabur RM1,000; kita nak tengok duit kita berkembang jadi RM1,100 atau memberi pulangan 10% atau lebih. Ada yang perlukan masa setahun, ada yang beberapa bulan; tak kurang juga yang mengambil masa beberapa tahun.

Forex vs Saham


Tonton penjelasan Dr.Zaharuddin