Featured post

Tuesday 29 January 2019

Pelabur Bijak


Bagaimana Menjadi Pelabur Bijak Walaupun bukan Pelabur Full-Time 











































Nak jadi pelabur yang berjaya tak mesti kena berhenti kerja dan buat full time.
Kekal urus bisnes atau kekal makan gaji masih tetap dapat jadi pelabur berjaya.

Dengan bimbingan yang betul, sebagai pelabur kita dapat mengenal pasti perkara-perkara berikut:

§  Apakah kita melabur dengan cara yang tidak sesuai dengan situasi diri sendiri ?
§  Apakah kita mengambil risiko terlalu besar ?
§  Apakah kita terlebih berhutang (over-leverage) untuk melabur ?
§  Apakah keuntungan yang diperoleh terlalu rendah ?
§  Apakah banyak duit habis membayar pelbagai jenis komisyen ejen pelaburan ?

Jika tidak pasti lakukanlah perkara-perkara berikut:

1)                  Tahu Keperluan Kewangan Dengan Jelas


If you don’t design your own life plan, chances are you’ll fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not much. – Jim Rohn

Pada peringkat ini barangkali tuan memerlukan khidmat seorang independent financial planner yang dapat membangunkan satu roadmap kewangan. Seorang financial planner dapat menjadikan roadmap kewangan tersebut menjadi lebih efektif dan ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa, tenaga dan juga sebenarnya wang ringgit.

Kebiasaannya bagi golongan middle class keperluan utama adalah menyediakan retirement plan yang sesuai dengan gaya hidup yang dimahukan. Bagi sebahagian yang lain barangkali untuk menstrukturkan kewangannya supaya harta sedia ada dapat diwariskan kepada orang yang tersayang dengan cara paling efektif. Mungkin ada yang mahu menjadikan uruskan kewangannya lebih tax efficient.


2)                  Tahu Untuk Berkata TIDAK


Selepas roadmap kewangan telah ada maka sudah sampai masanya membuat perjumpaan dengan pihak-pihak lain. Antaranya:

§  Unit trust consultant untuk pelaburan unit trust.
§  Ejen takaful untuk perlindungan takaful.
§  Remisier / dealer untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.
§  Real estate agent untuk pembelian hartanah
§  Banker untuk produk-produk berkaitan perbankan
§  Dan seterusnya.........Abam ;-)

Barangkali banyak “peluang” yang dikongsikan semasa perjumpaan. Apa yang penting pelaburan itu sesuai dengan profil kita berdasarkan plan kewangan yang telah disiapkan terlebih dahulu. Bukannya hanya sekadar bersetuju dengan apa yang dicadangkan kepada kita tanpa sebarang analisis lengkap.

Dengan cara sebegini maka kita dapat mengelakkan dari ditawarkan peluang

yang BEGITU sahaja sebab masih ada pelbagai peluang yang begini. Baju nak pergi kerja pun berbeza dengan baju tidur. Baju nak pergi kenduri pun lain dengan baju nak pergi bersukan.

Begitulah juga urusan kewangan. Kena tahu alat-alat yang sesuai untuk mencapai matlamat. Tahu apa yang tuan mahu itu sangat penting. Sekiranya tidak sesuai dengan roadmap kewangan, katakan sahaja TIDAK.


3.  Sedia… Mula!

Take action.
Dan be responsible.

Faham sebelum setuju. Read the fine details. Tak faham jangan setuju apa-apa. Ambil masa untuk faham, dapatkan second opinion, tambah ilmu dengan membaca, hadir ke seminar berkaitan. Buat keputusan dengan rasa tanggungjawab dan kefahaman yang betul. Bukan sebab terpaksa, nak jaga hati atau terdesak.


4.  Sentiasa Ukur Prestasi Pelaburan

Roadmap kewangan dah ada.

Execution dah buat.
Maka ikut roadmap tersebut baik-baik. Namun biasalah, barangkali tersilap masuk jalan.
Atau, barangkali tak tahu telah tersalah masuk jalan.

Kembali semula kepada independent financial planner yang bersama tuan membangunkan financial roadmap tersebut secara berkala, paling kurang setahun sekali.Supaya perjalanan itu sentiasa mengikut halatuju yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment