Featured post

Thursday 10 October 2019

HUTANG

HUTANG bkn mainan tp zaman sekarang, itu kemestian.

Belajar di IPT, hutang dgn PTPTN.
Mula kerja, hutang motor/kereta.
Nak kawin, hutang 'Personal Loan'.
Tempat tinggal/rumah, hutang dgn BANK.
Anak masuk IPT, hutang mula membentuk 'cycle'.


Beruntunglah mereka yang tidak perlu hutang-hutang di atas.
Hutang-hutang ini sebenarnya boleh dikurangkan.
Saya tak mention ditiadakan sbb kesukarannya.
Begitu juga kemiskinan boleh dikurangkan
tapi belum tentu boleh dihapuskan.

Bermula dgn diri sendiri, mulakan tabungan bila ada pendapatan.
Tabungan boleh meningkat lebih cepat bila dilaburkan.
Rujuk pautan February, 2019 utk lebih memahami. Growing Tree

Jangan lupa bahawa kehidupan itu sentiasa dikejar risiko.
Risiko boleh dielak/dikurangkan tapi belum tentu boleh ditiadakan.
* February, 2019. Realiti & Risiko Kehidupan
Kurangkan kesan risiko kehidupan dengan pampasan takaful.


Boleh berhutang tp hendaklah dlm kemampuan membayarnya,
Kegagalan byr hutang, penyelesaiannya dgn bayar hutang juga!


Salah satu cara bayar hutang yg tak mampu kita selesaikan;
Hibahkan takaful tuan-puan kepada pemberi hutang.
Sekurangnya hutang kita selesai walaupun kita sudah tiada.
Boleh juga ikut cara mereka dibawah.


Saya sebagai Perunding Takaful hanya bagi cadangan, bukan galakkan.
#hutangwajibdibayar
#sunlifemalaysia
#riskplanner

Sunday 29 September 2019

Konsep mudah TAKAFUL

































Inilah TAKAFUL. Konsepnya mudah tapi tak semudah membelinya
sebab 'benda' tak boleh makan 😆😆😆
Tunggu musibah baru boleh (minta dijauhkan).

Terang lagi bersuluh, Insurans patuh syariah ( Takaful ) adalah pampasan kewangan shj!
Bukan "alat" untuk mengumpul wang!


Takaful ibarat payung 'lindungi'
harta benda dan diri kita dari
musibah.

Musibah datang membawa kerugian
nilai wang ringgit.
Wang ringgit jugalah yg diganti.

Tidak semua boleh dibeli dgn duit
tp semuanya perlukan DUIT






Wednesday 18 September 2019

Mitos Takaful


Takaful tu 'back up' jer dik (perlindungan kewangan).
Kalau ada simpanan pn, 'basic' jer.
Rujuk pautan July 2017, Apa itu Takaful .

Takaful perlu dibeli dengan duit & Takaful akan beri Perlindungan Kewangan
jika ada pampasan yang patut dilunaskan.

Perlu ke Perlindungan Kewangan? tunggu artikel akan datang atau
boleh whatsapp di 010-2715665.

Thursday 12 September 2019

Apa itu PELABURAN


Setelah berpuluh pautan dibuat,
Tentu ramai yg tertanya-tanya.

Apa sebenar Maksud Pelaburan?

Tak salah kalau sy katakan
Melabur tu simpan & gandakan duit
untuk kegunaan bila sampai masa
kita dh tak boleh cari duit :-)
Macam mana duit boleh berganda,
rujuk pautan February 2019,
Growing Tree

Duit mesti ditambah nilainya
sbb INFLASI. 
Lihat pautan September 2019, Why Invest ?
& pautan January 2019, Inflasi

Monday 9 September 2019

Why Invest ?


Kenapa nak melabur?
Kenapa mesti melabur?

Tiga sebab utama, jawapan Kenapa.

1) Kesan Inflasi



* lihat penerangan di pautan January 2019, Inflasi


2) Persaraan






Saya highlight sebab utama perlunya pelaburan, penerangannya lihat pautan February & August 2019.

What Erodes Your 
Retirement Funds

Retirement facts











3) Sasaran Hidup


Hidup ada kitaran,

Kitaran Hidup lebih bermakna
bila ada perancangan.

Perancangan Hidup sangat berkaitan dengan
Matlamat Kewangan.

"Financial Planning is Life Planning"

*lihat pautan August 2019,
  What are your FINANCIAL goals

Wednesday 21 August 2019

SAH ke tak sah?


Pelaburan yang sah = Approved by Bank Negara Malaysia



























Secara umumnya, pelaburan dalam saham amanah (unit trust) berada pada tingkat pertengahan
dari segi risiko dan pulangan pelaburan.
       Tetapi orang kita percaya kepada Emas!.  Tidak gentar dengan risiko Forex Trading walaupun
tidak patuh syariah a.k.a HARAM!.  Melabur dengan beli rumah (Hartanah) banyak-banyak sebab
nampak depan mata walaupun bukan senang nak jual balik (kecairan rendah).
       Saya akan poskan cerita tentang emas satu hari nanti kat blog. Kita tahu harga emas naik tapi ramai org kita tak tahu bila turunnya. "Pelaburan Emas" juga sebenarnya boleh dianggap seperti
beli saham kerana ..........
       Pelaburan Saham Amanah juga sama seperti Pelaburan Saham tetapi tak sama cara nak urusnya.
Penerangan ringkas ada di pautan January dan February 2019.
        Apa itu SAHAM
        Apa itu AMANAH SAHAM

HARAMnya Forex pula di pautan January 2019, Forex vs Saham

Sunday 11 August 2019

What are your FINANCIAL goals?







































Apa yang ingin dicapai biasanya & selalunya perlukan DUIT !
"Apa yang ingin dicapai" bawa maksud Masa Depan.

DUIT yang diperlukan di Masa Depan.
di Masa Depan, DUIT akan berdepan risiko Inflasi.
Inflasi mengurangkan nilai DUIT di Masa Depan.
Goals perlukan DUIT tapi duit juga ada masalah bila diserang inflasi.

Melaburkan duit (di tempat yang dibenarkan),
Insya ALLAH boleh membantu mengurangkan risiko Inflasi.

Saya boleh bantu Anda laburkan DUIT di tempat yang dibenarkan
kerana Saya juga dibenarkan menguruskan pelaburan oleh BNM.

Wednesday 24 July 2019

Wealth Management Solution






















* Gandakan wang, lebih tinggi berbanding inflasi tahunan.
* Lindunginya (wang) dari kecelakaan.
* Lepaskan selepas dinikmati.

Yang Mengurus,
AZMI
UTC
010-2715665

Thursday 21 February 2019

Setuju ?


Setuju atau Tidak, Harta Pusaka tetap perlu diuruskan.
Semoga HARTA BEKU boleh dicairkan.

Proses Tuntutan HARTA PUSAKA






























Bukan mudah ye Tuan-Puan,
sebab tuulah berBILLION nilai HARTA BEKU.
Lantiklah ejen, mudahkan urusan.

#abamejen

Harta pusaka yang banyak ni sepatutnya dapat meningkatkan ekonomi pewaris.
Yang Miskin dapat bantuan
Yang Senang dapat membantu
Yang Kaya dapat menderma

Growing Tree

Pelaburan Amanah Saham ibaratnya begini :
























Macam tanam POKOK DURIAN,
Tanam hari ni, bukan tahun depan dapat buahnya.
Bersyukurlah setelah 5 TAHUN keluar Buahnya.
Mesti sabar menunggu HASIL & tekun menjaganya.
Bukan sekali berbuah macam POKOK PISANG.
Malah InsyaALLAH setiap tahun & semakin lebat berbuah.

Semua orang tahu perihal Pokok Durian & Buahnya.
Kita tak TEBANG pun, biarkan selama-lamanya.
Bukan sahaja anak dan cucu dapat merasa,
cicit pun boleh kenang jasa kita yang semai & tanam.

Perlukah Hibah ?


































Tuan-puan boleh bagi jawapan tepat, Perlu @ Tidak.

Saya hanya boleh uruskan dokumennya,
bukan ambil HARTA !

Wednesday 20 February 2019

Retirement Facts


Fakta sebegini hanya selesai dengan CASH !
Cash ada kerana TABUNGAN.
Tabungan cukup bila BERJIMAT.
Penjimatan berkesan bila BERINGAT.

"Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara"

Bekerja mencari DUIT.
Duit susut kerana INFLASI.
Inflasi dikekang dengan MELABUR.

Pelepasan & Rebet Cukai



























Banyak boleh skip kan?

Mmg tak nampak, sy cut yg berkaitan dengan Pengurusan Kewangan di bawah:
(Lihat No.14, 15 & 16) sbb yg ni sy boleh uruskan.



#financialadviser
#riskplanner

Why Invest in Unit Trust ?






























*Simpanan bermula dengan RM1000 (minima). Tak banyakkan?

Bukan hanya melalui Akaun 1 KWSP, malah CASH pn boleh. 

Pengeluaran Pelaburan KWSP























































Jadual Simpanan Asas terkini berkuatkuasa Januari 2019


*Pengeluaran KWSP Akaun 1 dibenarkan hanya untuk pelaburan Unit Trust sahaja!

Kerja abam uruskan pengeluaran ni.


Azmi Bin Mohamed
FIMM no. 031-0-40000
Hp no. 010-2715665

"Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul"


"Financial Planning is Life Planning"

Monday 18 February 2019

Apa itu AMANAH SAHAM





























Definisi bergambar AMANAH SAHAM

Abam akan send artikel berkenaan Amanah Saham ini kepada yang response.
Sila Whatsapp Abam 0102715665
dan  e-mail saidfp19@gmail.com

#format.pdf

Durian & Lada


Anda Faham ?

"Melaburlah untuk Hari Tua"

Mulianya orang terdahulu,
tanam Pokok Durian walau sudah lanjut usianya.

"Al-Fatihah".....

Sunday 17 February 2019

What Erodes Your Retirement Funds

Faham tak gambar atas tu ?
Kadang-kadang gambar lebih mudah kita faham.
Bersara bukan bermaksud sudah selesai segalanya.
Jangan pula kena BERKERJA semula.
Lagi parah bila takut nak BERSARA.huhu

Jadik, berapakah nilai simpanan yang kita nak?
Abam boleh tolong.

Tuesday 12 February 2019

Jangan Keliru !


Takaful Pendidikan untuk tampung kos pengajian anak bila berlaku kemalangan, kematian, hilang upaya kekal etc kepada pencarum. Bukan simpanan untuk pengajian anak, hanya
back-up bila berlaku kecelakaan seperti diatas.  Perlu diingat, Takaful Pendidikan untuk pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Takkan kita nak anak terima ijazah tanpa parent!

Hanya dengan ‘simpanan’ boleh selesaikan yuran pengajian anak dan menjamin keperluan persaraan kita seperti sebelum ini. Simpanan boleh dalam pelbagai bentuk seperti emas, amanah saham, barang kemas, hartanah dan lain-lain. Perlu diingat, keperluan/kehendak kita perlu ditunaikan dan ‘simpanan’ itu sebaiknya mudah dicairkan (liquid savings) dan boleh menggandakan nilai pada masa depan supaya inflasi tidak menjerat kita.

Tak faham ?
Memang susah nak faham dengan hanya tulisan, Abam akan terangkan sejelas-jelasnya bila kita jumpa.
Sibuk ? tak sempat jumpa! Call Abam Azmi 0102715665.
Apa ? nak whatsapp jer! Whatever…..contact nombor kat atas

Sunday 10 February 2019

Realiti & Risiko Kehidupan




















#malangtakberbau
#sediakanpayungsebelumhujan
#abamjualpayung

Penjelasan panjang dalam format.pdf
Whatsapp Abam : 010-2715665
Polisi Takaful juga boleh Abam uruskan.

Saturday 9 February 2019

Tip CUKAI






Mari jadi ulat buku
Mari sediakan back-up
Mari jaga kesihatan

Mari contact Abam 😁

Rekod 25 tahun











Tuuu dia.....

Rekod 25 tahun pelaburan
agensi kerajaan.
ASB teeerbaik.

Banyak lagi
amanah saham
yang diuruskan oleh agensi pelaburan, Abam akan senaraikan kemudian. tungguuuu.....

Abam boleh tunjukkan bagaimana
cara jadikan dividen ASB
sehingga 30 % !

Wednesday 30 January 2019

Tahukah Anda ?


Ya !

Dividen yang anda akan dapat tiap tahun tidak dikenakan cukai.

Kenapa tak melabur ?
Nak dividen banyak,
kena beli banyak unit.
Tak banyak duit ?
Boleh buat pinjaman.

Abam boleh uruskan.
Azmi 010-2715665

Tuesday 29 January 2019

Inflasi


Biar gambar Berbicara....





Inflasi lawannya MELABUR!
Pelaburan diharapkan memberi keuntungan melebihi kadar inflasi.
Maka nilai wang kita tidak merosot malah memberi keuntungan.
Selama ni kita kerja untuk dapatkan wang.
Tiba masa kita tengok wang itu cari duit.

Jumpa Abam kita tengok pelaburan yang mana sesuai.

Azmi Mohamed
0102715665
#financialadviser










Pelabur Bijak


Bagaimana Menjadi Pelabur Bijak Walaupun bukan Pelabur Full-Time 











































Nak jadi pelabur yang berjaya tak mesti kena berhenti kerja dan buat full time.
Kekal urus bisnes atau kekal makan gaji masih tetap dapat jadi pelabur berjaya.

Dengan bimbingan yang betul, sebagai pelabur kita dapat mengenal pasti perkara-perkara berikut:

§  Apakah kita melabur dengan cara yang tidak sesuai dengan situasi diri sendiri ?
§  Apakah kita mengambil risiko terlalu besar ?
§  Apakah kita terlebih berhutang (over-leverage) untuk melabur ?
§  Apakah keuntungan yang diperoleh terlalu rendah ?
§  Apakah banyak duit habis membayar pelbagai jenis komisyen ejen pelaburan ?

Jika tidak pasti lakukanlah perkara-perkara berikut:

1)                  Tahu Keperluan Kewangan Dengan Jelas


If you don’t design your own life plan, chances are you’ll fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not much. – Jim Rohn

Pada peringkat ini barangkali tuan memerlukan khidmat seorang independent financial planner yang dapat membangunkan satu roadmap kewangan. Seorang financial planner dapat menjadikan roadmap kewangan tersebut menjadi lebih efektif dan ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa, tenaga dan juga sebenarnya wang ringgit.

Kebiasaannya bagi golongan middle class keperluan utama adalah menyediakan retirement plan yang sesuai dengan gaya hidup yang dimahukan. Bagi sebahagian yang lain barangkali untuk menstrukturkan kewangannya supaya harta sedia ada dapat diwariskan kepada orang yang tersayang dengan cara paling efektif. Mungkin ada yang mahu menjadikan uruskan kewangannya lebih tax efficient.


2)                  Tahu Untuk Berkata TIDAK


Selepas roadmap kewangan telah ada maka sudah sampai masanya membuat perjumpaan dengan pihak-pihak lain. Antaranya:

§  Unit trust consultant untuk pelaburan unit trust.
§  Ejen takaful untuk perlindungan takaful.
§  Remisier / dealer untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.
§  Real estate agent untuk pembelian hartanah
§  Banker untuk produk-produk berkaitan perbankan
§  Dan seterusnya.........Abam ;-)

Barangkali banyak “peluang” yang dikongsikan semasa perjumpaan. Apa yang penting pelaburan itu sesuai dengan profil kita berdasarkan plan kewangan yang telah disiapkan terlebih dahulu. Bukannya hanya sekadar bersetuju dengan apa yang dicadangkan kepada kita tanpa sebarang analisis lengkap.

Dengan cara sebegini maka kita dapat mengelakkan dari ditawarkan peluang

yang BEGITU sahaja sebab masih ada pelbagai peluang yang begini. Baju nak pergi kerja pun berbeza dengan baju tidur. Baju nak pergi kenduri pun lain dengan baju nak pergi bersukan.

Begitulah juga urusan kewangan. Kena tahu alat-alat yang sesuai untuk mencapai matlamat. Tahu apa yang tuan mahu itu sangat penting. Sekiranya tidak sesuai dengan roadmap kewangan, katakan sahaja TIDAK.


3.  Sedia… Mula!

Take action.
Dan be responsible.

Faham sebelum setuju. Read the fine details. Tak faham jangan setuju apa-apa. Ambil masa untuk faham, dapatkan second opinion, tambah ilmu dengan membaca, hadir ke seminar berkaitan. Buat keputusan dengan rasa tanggungjawab dan kefahaman yang betul. Bukan sebab terpaksa, nak jaga hati atau terdesak.


4.  Sentiasa Ukur Prestasi Pelaburan

Roadmap kewangan dah ada.

Execution dah buat.
Maka ikut roadmap tersebut baik-baik. Namun biasalah, barangkali tersilap masuk jalan.
Atau, barangkali tak tahu telah tersalah masuk jalan.

Kembali semula kepada independent financial planner yang bersama tuan membangunkan financial roadmap tersebut secara berkala, paling kurang setahun sekali.Supaya perjalanan itu sentiasa mengikut halatuju yang telah ditetapkan.

Apa itu SAHAM

Ali minat berniaga sejak dari kecil lagi. Sesudah tamat persekolahan, Ali mula berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran apartmen kediaman beliau. Dengan kelazatan sehingga menjilat jari, nasi lemak Ali semakin laku. Dengan pertambahan permintaan, Ali terpaksa menggaji pekerja dan menambah pengeluaran nasi lemak beliau. Kalau sebelum ini, Ali menjual 100 bungkus sehari – kini ia mencecah hampir 1,000 bungkus sehari.

Makin lama, makin terkenal pula Nasi Lemak Ali dan beliau mula membuka beberapa gerai di taman bersebelahan. Namun, impian Ali adalah untuk membuka kedai di seluruh Malaysia. Tapi impian tersebut memerlukan modal yang besar mencecah jutaan ringgit. Sebijik kedai dengan sewa nya, dengan renovation nya, dengan upah pekerja nya, dengan logistik nya lagi

– memerlukan modal yang sangat besar dan Ali sememangnya tidak memiliki modal sebesar itu.

Ali ada pergi berjumpa dengan beberapa institusi kewangan tetapi proposal beliau untuk mendapatkan modal tersebut gagal. Justeru, beberapa ahli keluarga Ali dan kenalan rapat beliau mula mengumpul dana. Berkat kesabaran dan pujuk rayu Ali, akhirnya terkumpul juga RM1 juta bagi Ali membuka kedai di beberapa lokasi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah; dan juga menambah keselesaan pembeli. Kini Ali mula menjual air serta menambah beberapa menu baru dan pengunjung pula boleh makan dengan selesa. Siap ada air-cond lagi tu…

Dengan RM1 juta “pinjaman” ahli keluarga dan kenalan Ali tadi, beliau membayar sejumlah wang kepada mereka setiap tahun mengikut kepada jumlah keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak yang diusahakan Ali. “Keuntungan” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.

Konsep saham berkait rapat seperti di atas ini. Jom kita kenali beberapa watak yang terlibat:

1.      Ali                   – seorang peniaga yang berbakat, mempunyai visi dan masa depan.
                            Senang cerita Ali merupakan seorang usahawan yang hebat

2.      Peminjam        – terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai yang percaya
                           kepada Ali dan masa depan perniagaan yang dijalankannya. 
                           Mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan 
                           (jika rugi sama-sama rugi)

Dengan erti kata lain, SAHAM  bererti duit yang dilaburkan ke dalam perniagaan.

Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan tersebut. Perniagaan tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.

“Pelaburan adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”

Maksud mudahnya, katakan kita melabur RM1,000; kita nak tengok duit kita berkembang jadi RM1,100 atau memberi pulangan 10% atau lebih. Ada yang perlukan masa setahun, ada yang beberapa bulan; tak kurang juga yang mengambil masa beberapa tahun.

Forex vs Saham


Tonton penjelasan Dr.Zaharuddin