Featured post

Sunday 19 February 2017

Panduan Beli Laptop

Panduan beli laptop (siri 1)


1)  Beli ikut keperluan.

Ape keperluan anda?
Laptop lebih diminati kerana boleh dibawa kemana saja dan boleh ‘on’ bila-bila masa. Sayangnya harga mahal, yang murah pula sudah terpakai.
Tak apa, boleh beli ansuran. ‘Belian ansuran’ ayat penyedap rasa tapi sebenarnya anda berhutang. Pilihan kedua, laptop ‘secondhand’.
Laptop tidaklah terlalu mahal & anda boleh memilikinya tanpa perlu berhutang. Tidak mahal kepada yg ada lebihan wang dan masih murah kepada mereka yang  mencari laptop terpakai.
Bayaran ansuran sebenarnya anda menaikkan harga barangan secara beransur-ansur dan saya akan buktikan dalam siri yang akan datang.

Siapa yg perlukan?
Sudah tentu pelajar pembeli teramai sebab laptop, komputer mereka yang pertama. Mereka yang bekerja menggunakan laptop yang telah diguna semasa belajar dulu malah banyak syarikat menyediakan laptop untuk pekerja mereka.

Pastinya ibu bapa dan penjaga adalah pembeli laptop para pelajar, keperluan memiliki laptop semesti juga mengikut kemampuan pembayar. Bagi mereka yang perihatin, keperluan memiliki laptop bersandar kepada keperluan pengguna.

Pelajar kejuruteraan dan ICT perlukan laptop yang ‘full spec’. Sangat berbeza keperluannya dengan pelajar-pelajar fakulti sains sukan dan fakulti pendidikan. Oleh itu, mereka tak perlulah beli laptop yang mahal. Yang terpakai pun sudah mencukupi, apa lagi untuk pelajar sekolah.