Panduan
beli laptop (siri 1)
1) Beli ikut keperluan.
Ape keperluan anda?
Laptop lebih diminati kerana boleh
dibawa kemana saja dan boleh ‘on’ bila-bila masa. Sayangnya harga mahal, yang
murah pula sudah terpakai.
Tak apa, boleh beli ansuran.
‘Belian ansuran’ ayat penyedap rasa tapi sebenarnya anda berhutang. Pilihan
kedua, laptop ‘secondhand’.
Laptop tidaklah terlalu mahal &
anda boleh memilikinya tanpa perlu berhutang. Tidak mahal kepada yg ada lebihan
wang dan masih murah kepada mereka yang
mencari laptop terpakai.
Bayaran ansuran sebenarnya anda
menaikkan harga barangan secara beransur-ansur dan saya akan buktikan dalam
siri yang akan datang.
Siapa yg perlukan?
Sudah tentu pelajar pembeli teramai
sebab laptop, komputer mereka yang pertama. Mereka yang bekerja menggunakan
laptop yang telah diguna semasa belajar dulu malah banyak syarikat menyediakan
laptop untuk pekerja mereka.
Pastinya ibu bapa dan penjaga
adalah pembeli laptop para pelajar, keperluan memiliki laptop semesti juga
mengikut kemampuan pembayar. Bagi mereka yang perihatin, keperluan memiliki
laptop bersandar kepada keperluan pengguna.
Pelajar kejuruteraan dan ICT
perlukan laptop yang ‘full spec’. Sangat berbeza keperluannya dengan pelajar-pelajar
fakulti sains sukan dan fakulti pendidikan. Oleh itu, mereka tak perlulah beli
laptop yang mahal. Yang terpakai pun sudah mencukupi, apa lagi untuk pelajar
sekolah.
No comments:
Post a Comment