Said bukan maksudnya "telah berkata" tetapi "bahagia" dalam bahasa arab. Blog ini diwujudkan sebagai medium penyampaian maklumat-maklumat berkaitan; pro & kontranya supaya pembaca & pengguna berpuashati. #completefinancialsolution #CPP
Featured post
Wednesday, 30 January 2019
Tahukah Anda ?
Ya !
Dividen yang anda akan dapat tiap tahun tidak dikenakan cukai.
Kenapa tak melabur ?
Nak dividen banyak,
kena beli banyak unit.
Tak banyak duit ?
Boleh buat pinjaman.
Abam boleh uruskan.
Azmi 010-2715665
Tuesday, 29 January 2019
Inflasi
Biar gambar Berbicara....
Inflasi lawannya MELABUR!
Pelaburan diharapkan memberi keuntungan melebihi kadar inflasi.
Maka nilai wang kita tidak merosot malah memberi keuntungan.
Selama ni kita kerja untuk dapatkan wang.
Tiba masa kita tengok wang itu cari duit.
Selama ni kita kerja untuk dapatkan wang.
Tiba masa kita tengok wang itu cari duit.
Pelabur Bijak
Nak jadi pelabur yang berjaya tak mesti kena berhenti kerja dan buat full time.
Kekal urus bisnes
atau kekal makan gaji masih tetap dapat jadi pelabur berjaya.
Dengan bimbingan yang betul, sebagai pelabur kita dapat
mengenal pasti perkara-perkara berikut:
§
Apakah kita melabur dengan cara yang
tidak sesuai dengan situasi diri sendiri ?
§
Apakah kita mengambil risiko terlalu
besar ?
§
Apakah kita terlebih berhutang
(over-leverage) untuk melabur ?
§
Apakah keuntungan yang diperoleh
terlalu rendah ?
§
Apakah banyak duit habis membayar
pelbagai jenis komisyen ejen pelaburan ?
Jika tidak pasti
lakukanlah perkara-perkara berikut:
1)
Tahu Keperluan Kewangan Dengan Jelas
If you don’t design your own life plan, chances are you’ll
fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you? Not
much. – Jim Rohn
Pada peringkat ini barangkali tuan
memerlukan khidmat seorang independent
financial planner yang dapat membangunkan
satu roadmap kewangan. Seorang financial planner dapat menjadikan
roadmap kewangan tersebut menjadi lebih efektif dan ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa, tenaga
dan juga sebenarnya wang ringgit.
Kebiasaannya bagi golongan middle class keperluan utama adalah
menyediakan retirement plan yang
sesuai dengan gaya hidup yang dimahukan. Bagi sebahagian yang lain barangkali
untuk menstrukturkan kewangannya supaya harta sedia ada dapat diwariskan kepada
orang yang tersayang dengan cara paling efektif. Mungkin ada yang mahu
menjadikan uruskan kewangannya lebih tax
efficient.
Selepas roadmap kewangan telah ada maka sudah sampai
masanya membuat perjumpaan dengan pihak-pihak lain. Antaranya:
§
Unit trust consultant untuk pelaburan
unit trust.
§
Ejen takaful untuk perlindungan
takaful.
§
Remisier / dealer untuk pelaburan
saham di Bursa Malaysia.
§
Real estate agent untuk pembelian
hartanah
§
Banker untuk produk-produk berkaitan
perbankan
§
Dan seterusnya.........Abam ;-)
Barangkali banyak “peluang” yang
dikongsikan semasa perjumpaan. Apa yang penting pelaburan itu sesuai dengan
profil kita berdasarkan plan kewangan yang telah disiapkan terlebih dahulu.
Bukannya hanya sekadar bersetuju dengan apa yang dicadangkan kepada kita tanpa
sebarang analisis lengkap.
Dengan cara sebegini maka kita dapat mengelakkan dari ditawarkan
peluang
yang BEGITU sahaja sebab masih ada pelbagai peluang yang
begini. Baju nak pergi kerja pun berbeza dengan baju tidur. Baju nak pergi
kenduri pun lain dengan baju nak pergi bersukan.
Begitulah juga urusan kewangan. Kena
tahu alat-alat yang sesuai untuk mencapai matlamat. Tahu apa yang tuan mahu itu
sangat penting. Sekiranya tidak sesuai dengan roadmap kewangan, katakan sahaja TIDAK.
3.
Sedia… Mula!
Take action.
Dan be responsible.
Faham sebelum setuju. Read
the fine details. Tak faham jangan setuju apa-apa. Ambil masa untuk faham,
dapatkan second opinion, tambah ilmu
dengan membaca, hadir ke seminar berkaitan. Buat keputusan dengan rasa
tanggungjawab dan kefahaman yang betul. Bukan sebab terpaksa, nak jaga hati
atau terdesak.
4.
Sentiasa Ukur Prestasi Pelaburan
Roadmap kewangan dah ada.
Execution dah buat.
Maka ikut roadmap
tersebut baik-baik. Namun biasalah, barangkali tersilap masuk jalan.
Atau, barangkali
tak tahu telah tersalah masuk jalan.
Kembali semula kepada independent
financial planner yang bersama tuan membangunkan financial roadmap tersebut secara berkala, paling kurang setahun
sekali.Supaya perjalanan itu sentiasa mengikut halatuju yang telah ditetapkan.
Apa itu SAHAM
Ali minat berniaga sejak dari kecil lagi. Sesudah tamat
persekolahan, Ali mula berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran apartmen
kediaman beliau. Dengan kelazatan sehingga menjilat jari, nasi lemak Ali
semakin laku. Dengan pertambahan permintaan, Ali terpaksa menggaji pekerja dan
menambah pengeluaran nasi lemak beliau. Kalau sebelum ini, Ali menjual 100
bungkus sehari – kini ia mencecah hampir 1,000 bungkus sehari.
Makin lama, makin terkenal pula Nasi Lemak Ali dan beliau
mula membuka beberapa gerai di taman bersebelahan. Namun, impian Ali adalah
untuk membuka kedai di seluruh Malaysia. Tapi impian tersebut memerlukan modal
yang besar mencecah jutaan ringgit. Sebijik kedai dengan sewa nya, dengan
renovation nya, dengan upah pekerja nya, dengan logistik nya lagi
– memerlukan modal yang sangat besar dan Ali sememangnya
tidak memiliki modal sebesar itu.
Ali ada pergi berjumpa dengan beberapa institusi kewangan
tetapi proposal beliau untuk mendapatkan modal tersebut gagal. Justeru, beberapa
ahli keluarga Ali dan kenalan rapat beliau mula mengumpul dana. Berkat
kesabaran dan pujuk rayu Ali, akhirnya terkumpul juga RM1 juta bagi Ali membuka
kedai di beberapa lokasi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah; dan
juga menambah keselesaan pembeli. Kini Ali mula menjual air serta menambah
beberapa menu baru dan pengunjung pula boleh makan dengan selesa. Siap ada
air-cond lagi tu…
Dengan RM1 juta “pinjaman” ahli keluarga dan kenalan Ali
tadi, beliau membayar sejumlah wang kepada mereka setiap tahun mengikut kepada
jumlah keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak yang diusahakan Ali.
“Keuntungan” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.
Konsep saham
berkait rapat seperti di atas ini. Jom kita kenali beberapa watak yang
terlibat:
1.
Ali – seorang peniaga yang
berbakat, mempunyai visi dan masa depan.
Senang cerita Ali merupakan seorang
usahawan yang hebat
2.
Peminjam – terdiri daripada ahli keluarga dan
sahabat handai yang percaya
kepada Ali dan masa depan perniagaan yang
dijalankannya.
Mendapat pulangan setiap tahun bergantung
kepada keuntungan
(jika rugi sama-sama rugi)
Dengan erti kata lain, SAHAM bererti duit yang dilaburkan ke dalam perniagaan.
Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk
melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan tersebut. Perniagaan
tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.
“Pelaburan
adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”
Maksud mudahnya, katakan kita melabur RM1,000; kita nak
tengok duit kita berkembang jadi RM1,100 atau memberi pulangan 10% atau lebih.
Ada yang perlukan masa setahun, ada yang beberapa bulan; tak kurang juga yang
mengambil masa beberapa tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)